Rawatan Cyst Ovari – Adakah Perlu Buang Rahim?

Hampir 90% daripada wanita yang mempunyai cyst ovari hanya menyedari kewujudannya secara tidak sengaja melalui ujian ultrasound. Apabila cyst ovari ini dikesan, ia sudah mencapai saiz sebesar 4-10 cm diameter. Menurut Doktor Adeline, cyst ovari yang semakin membesar perlu dibuang segera bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari. Apakah rawatan terbaik untuk cyst ovari, adakah perlu pembedahan buang rahim atau ada alternatif lain?

Apakah Risiko Cyst Ovari Terhadap Kesihatan Wanita?

Walaupun kebanyakan cyst ovari adalah bersifat benign dan tidak bahaya, namun ada beberapa risiko yang mungkin terjadi, terutama apabila cyst sudah terlalu besar.

Periksa tanda cyst ovari sebelum terlambat, anda mungkin masih berpeluang menyelamatkan rahim anda >>KLIK LINK NI<<

Antara risiko yang mungkin terjadi kepada wanita yang mempunyai cyst dalam ovari  adalah seperti berikut:

1. Risiko Ovari Terbelit / Berpintal

Menurut doktor, sekiranya ovari terbelit wanita itu bukan hanya akan mengalami kesakitan yang sangat teruk, malah peluang untuk menyelamatkan tisu ovari yang masih sihat akan berkurangan. Kemungkinan besar ovari akan rosak dan terpaksa dibuang.

cyst punca ovari berpintal, rosak dan perlu dibuang

2. Jangkitan Kuman Akibat Cyst Ovari Pecah

Apabila saiz cyst ovari sangat besar, potensi untuk cyst pecah di dalam rahim semakin tinggi. Cyst ovari yang pecah akan menyebabkan pesakit mengalami sakit perut yang sangat kuat secara tiba-tiba sehingga menyebabkan muntah dan pengsan.

Pesakit juga mengalami risiko jangkitan kuman yang boleh meragut nyawa jika tidak segera dirawat.

3. Kanser

Cyst yang terlalu cepat membesar berpotensi tinggi menjadi kanser. Walaupun kebarangkalian kes seperti ini sangat jarang, namun ada wanita yang terpaksa dibuang kedua-dua ovari dan rahimnya kerana cyst ovari sudah menjadi kanser.

 

Apakah Rawatan Cyst Ovari?

Rawatan cyst ovari bergantung kepada umur pesakit, saiz dan jenis cyst yang anda alami. Selain itu, keadaan badan anda turut memainkan peranan yang penting – sama ada anda masih dalam usia subur atau sudah mencapai menopause.

Wanita yang mengalami menopause mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser ovari. Jadi, sebelum memutuskan jenis rawatan yang sesuai untuk anda, doktor akan melakukan beberapa jenis ujian.

Antaranya termasuklah ujian kehamilan, imbasan ultrasound dan ujian darah.

 

2 Jenis Cyst Ovari Yang Utama

1. Functional Cyst

Functional Cyst atau sista berfungsi adalah jenis yang paling biasa ditemui dalam ovari wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Follicle Cyst dan Corpus Luteum Cyst

Follicle Cyst

Semasa kitaran haid seorang wanita, organ ovari akan membentuk gelembung yang dinamakan ovarian follicle. Di dalam folikel ini terkandung ovum (benih wanita).

Folikel ini akan terbuka untuk melepaskan ovum. Selepas ovum dikeluarkan, folikel ini akan pecah dan mengecut dengan sendirinya. Ini adalah proses yang normal dalam badan seorang wanita.

Bagi sesetengah kes, folikel ini tidak terbuka dan ovum tidak dilepaskan. Kejadian ini membentuk cyst ovari jenis folikel. Kebiasaannya, cyst jenis ini akan mengecut dan hilang dengan sendiri dalam masa 1-3 bulan.

 

Corpus Luteum Cyst

Kantung folikel ovari yang normal akan mengecut selepas ovum dikeluarkan. Ia akan bersedia untuk melepaskan ovum dalam kitaran yang seterusnya.

Namun, jika kantung folikel tidak mengecut dan ‘pintunya’ kembali tertutup, ia akan mengumpul cecair. Cecair yang terkumpul di dalam kantung folikel ini terus membesar dan membentuk cyst yang dinamakan corpus luteum.

2. Non-Functional Cyst

Non-functional Cyst atau sista tidak berfungsi adalah jenis cyst yang tidak berkait dengan kitaran haid wanita. Antaranya adalah seperti berikut:

1- Dermoid cyst

Cyst jenis ini merupakan ketumbuhan berbentuk seperti kantung di dalam ovari. Ia mengandungi pelbagai jenis tisu primitif seperti bahan lemak, rambut, gigi, serpihan tulang dan tisu rawan. Dermoid cyst ini akan membesar dan menyebabkan kesakitan

Sumber: Obgyn-oncall

2- Cystadenomas

Sejenis ketumbuhan bukan kanser yang membesar di luar ovari. Ia mengandungi air dan cecair mukus

3- Endometriomas

Ia merupakan tisu yang pada keadaan normalnya tumbuh di dalam uterus, namun ia berkembang di luar uterus (endometriosis). Tisu ini melekat pada ovari dan mengakibatkan ketumbuhan cyst.

Dermoid cyst dan cystadenomas boleh menjadi sangat besar dan menyebabkan ovari terkeluar dari posisi asalnya. Kejadian ini akan meningkatkan risiko ovari berpintal dan mengurangkan aliran darah ke dalam ovari. Kesannya, pesakit akan mengalami kesakitan yang sangat dahsyat.

Sumber : Mayo Clinic

 

Jenis Rawatan Cyst Ovari

1. Tunggu Dan Lihat

Kebanyakan cyst ovari tidak memerlukan rawatan khusus kerana ia akan hilang dengan sendirinya.

Rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’ sama ada cyst tersebut hilang dengan sendiri dalam masa beberapa bulan.

Kaedah ini adalah bagi pesakit yang tidak mempunyai apa-apa simptom dan ujian ultrasound menunjukkan cyst tersebut adalah bersaiz kecil dan hanya berisi cecair.

Lazimnya, doktor sakit puan akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk melalui ujian ultrasound.

2. Pembedahan Buang Cyst Ovari

Rawatan pembedahan untuk membuang cyst akan dicadangkan jika didapati cyst menjadi semakin besar dan mengganggu kesihatan pesakit.

Walau bagaimanapun beberapa pilihan akan diberikan bergantung kepada gejala yang anda hadapi, bentuk cyst, dan keputusan ujian darah.

Jenis Pembedahan Cyst Ovari

Saya mempunyai ovarian cyst dan telah dinasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang cyst tersebut, bagaimanakah pembedahan itu akan dilakukan?

Anda mungkin tertanya-tanya soalan yang sama mengenai cara pembedahan mengeluarkan cyst ovari.

Sebenarnya, terdapat 2 jenis pembedahan yang biasa dilakukan oleh doktor, bergantung kepada keadaan pesakit.

 

1. Laparoskopi

Anda akan diberikan pilihan untuk menjalani pembedahan laparoskopi (pembedahan melibatkan potongan kecil dan penggunaan kamera). Jenis pembedahan ini adalah kurang menyakitkan berbanding laparotomi.

Dengan pembedahan laparoskopi, anda dapat pulang awal ke rumah selepas pembedahan dan sembuh dengan kadar yang segera.

 

Pembedahan laparoskopi untuk mengeluarkan cyst dalam ovari

 

2. Laparotomi

Walau bagaimanapun pembedahan laparotomi (pembedahan melibatkan potongan besar) dicadangkan sekiranya sista didapati terlalu besar, ataupun cyst menunjukkan tanda-tanda berkaitan dengan kanser.

 

Pembedahan laparostomi untuk mengeluarkan cyst dalam ovari

 

Doktor sakit puan akan berbincang tentang kebaikan dan keburukan kedua-dua jenis pembedahan ini, seterusnya menentukan jenis pembedahan yang bersesuaian dengan keadaan cyst itu.

Adakah Ovari saya akan dibuang sekali masa operation?

Lazimnya, kedua-dua ovari tidak dibuang ketika pembedahan. Ini adalah kerana ovari penting untuk menghasilkan hormon wanita yang diperlukan sebelum menopos dan dalam kebanyakkan kes, hanya cyst sahaja dibuang.

Walaupun begitu, ada sesetengah keadaan yang memerlukan ovari perlu dibuang juga, misalnya jika keadan cyst yang terlalu besar sehingga menggantikan semua ruang ovari.

Selain itu, ovari juga perlu dibuang sekiranya cyst sudah terpusing / terpintal sehingga menyebabkan peredaran darah pada ovari terputus.

Doktor juga akan membuang ovari serta rahim pesakit jika keputusan klinikal menunjukkan cyst tersebut mungkin menular menjadi kanser.

 

Cyst Ovari Boleh Berulang!

Menurut Dr. Zubaidi, cyst ovari boleh berulang. Ia mungkin terjadi pada ovari yang sama atau ovari yang satu lagi, atau kedua-duanya sekali.

Pesakit yang pernah mengalami cyst ovari perlu sentiasa menjaga pemakanan harian dan selalu buat pemeriksaan doktor secara berkala. Hal ini dapat mengelakkan cyst ovari dari berulang lagi.

Wanita yang mengalami masalah cyst ovari yang berulang kali mungkin terpaksa dibuang ovarinya. Doktor akan meneliti setiap risiko terhadap pesakit sebelum memutuskan untuk membuang ovari.

Cara Alternatif Kecutkan Cyst Ovari Secara Semulajadi 

Bagi anda yang belum bersedia melakukan pembedahan, anda boleh mencuba alternatif lain untuk mengecutkan cyst ovari secara semulajadi.

Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mengambil makanan yang kaya dengan sumber antioksidan. Antioksidan berupaya merencatkan aktiviti radikal bebas yang menjadi salah satu punca kejadian cyst ovari.

Kita semua tahu, cyst ovari yang semakin membesar adalah sejenis ketumbuhan yang tidak normal dalam badan seorang wanita. Aktiviti sel yang tidak normal ini mampu dikawal oleh antioksidan. Seterusnya, memelihara sel badan kita dari sebarang kerosakan.

Dr. Zubaidi turut menyarankan beberapa antioksidan yang bagus untuk pesakit cyst ovari seperti Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E.

Vivix Minuman Botani Kaya Antioksidan

Untuk kesan terbaik, Miza sangat rekemen semua pesakit cyst ovari untuk mengamalkan Vivix secara konsisten.

Vivix mengandungi campuran polifenol tumbuhan yang sangat berkuasa sebagai antioksidan.

 

>BACA INFO LANJUT BERKENAAN VIVIX DI SINI<<

Bagaimana Vivix Membantu Kecutkan Cyst Ovari?

Aktioksidan yang tinggi dalam vivix akan memberi perlindungan yang kuat kepada sel badan kita. Ia membantu sel badan kita menghadapi kesan radiasi dari luar serta dapat memelihara sel di dalam badan dari teroksida. Sel yang teroksida akan mudah rosak, seterusnya mengundang pelbagai penyakit, termasuklah cyst ovari.

Vivix juga bertindak untuk memberikan tenaga kepada sel badan yang lemah. Sel yang mudah rosak adalah dari sel yang lemah dan tidak bertenaga. Apabila sel mendapat tenaga yang mencukupi, pemulihan sel adalah lebih cepat dan cyst ovari akan mengecut dengan lebih pantas.

Testimoni Vivix Kecutkan Cyst Ovari Secara Semulajadi

Berikut adalah beberapa testimoni penghidap cyst ovari yang mengamalkan Vivix dengan konsisten. Alhamdulillah cyst ovari mereka semakin mengecut

 

Order Vivix Shaklee Dari Miza

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi saya

Amizah Azid  019-936 3759

pengedar-shaklee-terbaik-malaysia

 

Atau anda klik icon di bawah untuk terus order Vivix secara online.

 

Daftar ahli Shaklee untuk penjimatan 15-20%.

Beli Hanya Dari Miza

Sila hubungi Miza untuk konsultasi terbaik berkenaan cadangan set yang paling tepat untuk anda.

Miza akan berikan tips dan cara pengambilan yang betul supaya anda mendapat kesan terbaik dari setiap pembelian dengan Miza.

 

Nor Amizah Azid | Mohamed Afiq Ramli
Pengedar Shaklee & Mentor Bisnes Pilihan Ramai
SID No. : 1237984
Email : amizahazid@gmail.com
Call / SMS / WhatsApp : 019-9363759

 

Carian berkaitan : Rawatan cyst ovari, pembedahan cyst ovari, rawatan alternatif buang cyst ovari, kanser ovari, cara kecutkan cyst ovari, bahayakah cyst ovari

One Reply to “Rawatan Cyst Ovari – Adakah Perlu Buang Rahim?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *