Kenali Miza

Siapa Miza?

Saya Miza, Founder / Pengasas kepada empayar Dazzling Home Biz Centre. Bekas jurutera di salah sebuah syarikat gas dan minyak terkemuka negara yang bertukar profession menjadi work-at-home-mom.

Sebagai work-at-home-mom, Miza sangat aktif berniaga produk keluaran Syarikat Shaklee secara online dan offline dengan purata jualan bulanan sebanyak RM15,000.

Miza juga sangat komited membimbing protege bisnes mencapai jualan 5 angka sebulan dengan teknik pemasaran Google yang terkini dan terbukti berkesan.

Dengan produk yang bagus dan teknik yang betul, buat jualan 5 angka sebulan bukanlah sesuatu yang sukar. Miza dan team Miza sudah buktikan dan kami semakin berkembang!

Miza sangat bersyukur Allah lorongkan Miza mengenali Shaklee gara-gara tahap kesihatan yang semakin merosot. Siapa sangka, Miza jadikan bisnes Shaklee sebagai mata pencarian yang utama.

Dan sekarang, Miza juga sedang bantu ramai orang yang nak dapatkan kesihatan dan taraf ekonomi yang lebih baik. Miza jadi mentor untuk buat duit dengan bisnes yang tak kalis kegawatan ekonomi ni 🙂

Perkenalan Dengan Shaklee

Miza mula mengenali produk Shaklee pada hujung tahun 2013. Masa tu, Miza baru bertukar tempat kerja dari Kerteh ke Pasir Gudang.

Perubahan persekitaran menyebabkan badan Miza menjadi lemah dan sering jatuh sakit. Miza mengalami demam dan batuk yang berpanjangan.

Bergambar kenangan semasa masih bekerja sebagai Engineer di Kerteh

 

Sebagai pekerja baru, Miza sangat risau keadaan kesihatan yang tak memberangsangkan akan mengganggu prestasi kerja Miza. Miza seboleh-bolehnya ingin mengelak dari mengambil cuti sakit.

Miza sangat bersyukur apabila dikenalkan dengan produk Shaklee oleh kawan baik Miza, Liyana. Liyana mencadangkan Miza mengambil Vitamin C untuk kuatkan sistem imun, Vita-lea untuk melengkapkan nutrisi harian dan juga B-Complex untuk tambah tenaga.

Alhamdulillah, setelah konsisten mengamalkan produk Shaklee, badan Miza semakin kuat dan jarang jatuh sakit. Miza dah tak perlu ambil cuti sakit dan prestasi kerja Miza semakin meningkat. Allah je tahu betapa gembiranya Miza masa tu.

Gambar kenangan semasa masih bergelar Engineer di Pasir Gudang

 

Sejak itu, Miza mula jatuh cinta dengan produk Shaklee dan mengambil keputusan untuk menyebarkan kebaikan produk Shaklee kepada keluarga dan kenalan terdekat.

Bagi Miza, produk yang bagus perlu dikongsi kebaikannya dengan semua orang. Biar kita semua sama-sama mendapat manfaat kesihatan yang baik dan kualiti hidup yang lebih memuaskan.

Jom tengok video di bawah untuk lebih kenali siapa Miza 🙂

Berhenti Kerja Engineer Yang Bergaji 4k

Pada awal kehamilan, Miza mengalami sedikit masalah yang menyebabkan Miza terpaksa berhenti kerja sebagai engineer yang mencabar. Walaupun agak berat untuk lepaskan jawatan dan gaji 4 angka, Miza redha.

Bergambar kenangan semasa majlis Convo di Universiti Teknologi Petronas

 

Pada Miza, duit dan pangkat boleh dicari. Namun, anak dalam kandungan tiada tolok gantinya. Anak juga adalah rezeki dari Allah, dan tentunya ini adalah rezeki yang lebih baik untuk Miza.

Lagipun, Miza memang berniat nak jaga sendiri anak di rumah. Miza nak tengok anak membesar di depan mata. Maklumlah, kerja engineer macam Miza ni sangat sibuk, asyik balik malam je.

Miza tak sampai hati bila balik rumah tengok anak dah tidur dan esoknya awal-awal lagi dah kena hantar ke pengasuh. Dan rutin ni akan berulang dan tak kan pernah habis. Miza nakkan time-freedom.

Work-At-Home Mother

Sejak berhenti kerja, Miza mula mengenali Shaklee dengan lebih mendalam. Semakin hari semakin banyak fakta menarik mengenai Shaklee yang Miza temui. Dan ini menguatkan lagi keputusan Miza untuk serius dengan bisnes Shaklee.

Miza selalu hadiri kelas nutrisi yang dianjurkan pihak Shaklee. Miza nekad nak jadi pengedar Shaklee yang berilmu dan pandai consult masalah customer. Sebab Miza faham, setiap orang yang beli produk Shaklee percaya dengan kualitinya, jadi mereka nakkan kesan yang terbaik untuk setiap duit yang dilaburkan.

Miza semasa menghadiri Kelas Nutrisi Shaklee di Kuantan
Miza bersama Puan Sarah, Pakar Nutrisi Shaklee semasa menghadiri Kelas Nutrisi di Kuala Terengganu

Pangkat Pertama Dalam Bisnes Shaklee

Ternyata awalnya bukanlah mudah untuk mendapat pelanggan dan buat sale. Berkat kesabaran dan tunjuk ajar mentor, Miza berjaya rank up sebagai Supervisor pada Desember 2016, dan Senior Supervisor pada April 2017.

Alhamdulillah dengan bimbingan mentor Miza yang sangat berwibawa, kini Miza sudah mencapai pangkat Senior Supervisor dalam bisnes Shaklee.

Walaupun Miza hanya surirumah dan buat sale secara online, pencapaian Miza tetap Shaklee raikan di majlis yang besar. Rasanya, kalau masih bekerja sebagai engineer, Miza tak dapat merasa diraikan sebegini.

Semasa majlis meraikan pencapaian Miza naik pangkat Senior Supervisor
Bergambar bersama suami, anak dan mentor Miza

Mentor Bisnes Pilihan Anda

Miza bersyukur ditemukan dengan produk yang sangat bagus dan sistem bisnes yang sangat adil macam Shaklee ni. Selain dapat tolong orang sihat dan cantik, Miza juga dapat tolong mereka yang nak jana pendapatan, sama ada secara part time ataupun full time.

Miza selalu join kelas bisnes secara online dan juga offline untuk memperkasakan ilmu dalam bidang perniagaan yang penuh berliku ni. Jadi, Miza akan turunkan setiap ilmu yang dipelajari kepada setiap anak didik yang betul-betul komited nak berjaya.

Bengkel Kepimpinan Dalam Perniagaan di Kuala Lumpur
Kelas Pemasaran Google di Ampang

Miza Alu-alukan Kedatangan Anda !

Miza sangat komited nak bantu anda jana pendapatan yang lumayan dengan bisnes Shaklee. Yang penting, anda pun komited untuk berjaya.

Jadi, kalau anda berminat nak sertai team Miza, anda kena cepat-cepat contact Miza. Fast action, fast result!

Hubungi Miza sekarang 0199363759. Atau klik link di bawah untuk terus WhatsApp Miza

pengedar-shaklee-terbaik-malaysia